SELAMAT MENGUNJUNGI LAMAN WEB SEPINTAR      اهلا وسهلا ومرحبا بكم  

 
  Profil Sepintar
  Pentadbiran Sepintar
  Akademik Sepintar
  Hal Ehwal Murid Sepintar
  Kokurikulum Sepintar
  Anugerah Sepintar
  PIBG Sepintar
  Kembali ke Menu Utama
Takwim Galeri Sepintar Buku Tetamu SEPINTAR Takwim Kembali Ke Laman Utama Hubungi Kami

  Berita Terkini
 
Hari Temu Mesra
Pelanggan 2008

[Maklumat Lanjut]
 
 
 
 

Sambutan Hari Koperasi Sekolah
[Maklumat Lanjut]

 
 

 
 

Sambutan Hari Guru 2008
[Maklumat Lanjut]

 
 
 
 
Majlis Anugerah Cemerlang 2008
[Maklumat Lanjut]
 
 
 
 
Tilawah Al-Quran Peringkat Zon Gombak Barat
[Maklumat Lanjut]
 
 
 
 
Bank Koperasi SPBP Rawang Bhd
[Maklumat Lanjut]
 
 
 
 
Keputusan SPM 2007
[Maklumat Lanjut]
 
 
 
 
Sukan Tahunan 2008
[Maklumat Lanjut]
 
 
 
 
Larian Sepintar 2008
[Maklumat Lanjut]
 
 
 
 
Sistem Rumah
[Maklumat Lanjut]
 
 
 
 
Markah Sistem
[Maklumat Lanjut]
 
 
 
 

  Artikel Ilmiah Guru
 

Soalan Teras ERT
-En Shahrizan Abd Rahim-
(SBPI Rawang)

Soalan Teras KT
-En Shahrizan Abd Rahim-
(SBPI Rawang)

 
     
 

  Fikrah Kaunselor
   
 

  Akhbar Harian
 

  Anugerah & Pencapaian
   
 

  Blog Guru
 

  Iklan Berbayar
 

[Maklumat Lanjut]

 
 
 

 

Alhamdulillah segala puji bagi Allah s.w.t. kerana dengan izin-Nya saya telah diberi kesempatan dan kemampuan untuk merakamkan sepatah dua kata di ruangan ini.

 Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Unit ICT dan PIBG Sepintar kerana telah berjaya membangunkan sebuah laman web rasmi sekolah yang dirasakan begitu penting dan relevan dengan perkembangan teknologi masa kini.

Umum telah mengetahui bahawa Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) merupakan satu keperluan asas yang penting dalam kehidupan manusia masa kini. Sama ada kita suka atau tidak, kita pasti akan menggunakannya setiap hari. Bermula dari kita bangun tidur, pergi ke tempat kerja dan pulang semula ke rumah sekurang-kurangnya kita akan menggunakan khidmat pesanan ringkas (sms) yang mana ia merupakan salah satu elemen yang paling mudah dan ringkas dalam teknologi maklumat. Seterusnya penggunaan elemen-elemen lain seperti e-mel serta proses pencarian data atau maklumat di laman-laman web tertentu kini tidak lagi menjadi satu perkara yang asing dan ganjil. Setiap lapisan masyarakat sudah biasa dengan teknologi tersebut dan bagi sesiapa yang cuba mengasingkan diri dari menggunakannya pasti dianggap sebagai golongan yang mundur dan tertinggal ke belakang.

Sehubungan dengan itu, pihak Sepintar dengan kerjasama erat pihak PIBG sekolah telah mengambil langkah pro-aktif dalam bidang ICT dengan usaha untuk membangunkan sebuah laman web rasmi sekolah. Adalah diharapkan dengan wujudnya laman web ini, Sepintar akan berada sama taraf atau mungkin setingkat lebih tinggi dari sekolah-sekolah berasrama penuh lain di seluruh negara. Melalui laman web ini juga, pihak sekolah berharap agar ia akan memberi banyak manfaat kepada warga Sepintar terutamanya para pelajar dan keluarga mereka. Banyak maklumat-maklumat seperti pengumuman-pengumuman tertentu, keputusan peperiksaan dan laporan-laporan aktiviti sekolah akan dapat diakses oleh para ibubapa dan penjaga dengan lebih berkesan lagi. Maklumat-maklumat ini juga boleh digunakan oleh masyarakat luar untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang latarbelakang dan pencapaian Sepintar sebagai sebuah institusi pendidikan elit di negara ini

Akhir kata, saya berharap dengan wujudnya laman web ini ia akan menjadi pemangkin kepada kecemerlangan Sepintar dalam semua aspek pada masa kini dan selamanya. Saya juga ingin mengucapkan tahniah sekali lagi kepada Unit ICT Sepintar kerana akhirnya telah berjaya membangunkan laman web ini. Tidak lupa juga kepada pihak PIBG yang telah memberi sokongan penuh dan komitmen yang tinggi terutamanya dari segi kewangan bagi menjayakan projek ini. Jika tanpa sokongan PIBG ini mungkin sehingga kini Sepintar masih belum mempunyai laman web rasminya sendiri. Kepada seluruh warga Sepintar terutamanya para pelajar, gunakanlah kemudahan ini dengan sebaik mungkin dan penuh bertanggungjawab.

 Sekian, wassalam.

Pn. Hajjah Sa'adah bt. Othman
Pengetua SEPINTAR

 

 

 

 

 

  SubMenuLinks
   
 

  Info Pendidikan
Langat Dot Net
 

 

     

This site is optimized for FLASH 5  and IE 5.0 or above

Last Updated Thursday, July 17, 2008 5:54 PM

Designed by : Bijak-IT Dot Com

Webmaster : Mohd Nazri Takuan