SELAMAT MENGUNJUNGI LAMAN WEB SEPINTAR      اهلا وسهلا ومرحبا بكم  

 
  Profil Sepintar
  Pentadbiran Sepintar
  Akademik Sepintar
  Hal Ehwal Murid Sepintar
  Kokurikulum Sepintar
  Anugerah Sepintar
  PIBG Sepintar
  Kembali ke Menu Utama
Takwim Galeri Sepintar Kembali Ke Laman UtamaHubungi Kami Buku Tetamu SEPINTAR Takwim

  Berita Terkini
 
Hari Temu Mesra
Pelanggan 2008

[Maklumat Lanjut]
 
 
 
 

Sambutan Hari Koperasi Sekolah
[Maklumat Lanjut]

 
 

 
 

Sambutan Hari Guru 2008
[Maklumat Lanjut]

 
 
 
 
Majlis Anugerah Cemerlang 2008
[Maklumat Lanjut]
 
 
 
 
Tilawah Al-Quran Peringkat Zon Gombak Barat
[Maklumat Lanjut]
 
 
 
 
Bank Koperasi SPBP Rawang Bhd
[Maklumat Lanjut]
 
 
 
 
Keputusan SPM 2007
[Maklumat Lanjut]
 
 
 
 
Sukan Tahunan 2008
[Maklumat Lanjut]
 
 
 
 
Larian Sepintar 2008
[Maklumat Lanjut]
 
 
 
 
Sistem Rumah
[Maklumat Lanjut]
 
 
 
 
Markah Sistem
[Maklumat Lanjut]
 
 
 
 

  Artikel Ilmiah Guru
 

Soalan Teras ERT
-En Shahrizan Abd Rahim-
(SBPI Rawang)

Soalan Teras KT
-En Shahrizan Abd Rahim-
(SBPI Rawang)

 
     
 

  Fikrah Kaunselor
   
 

  Akhbar Harian
 

  Anugerah & Pencapaian
   
 

  Blog Guru
 

  Iklan Berbayar
 

[Maklumat Lanjut]

 
 
MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG & GRADUASI
2008

Sepintar, 26 April 2008 : Majlis Anugerah Cemerlang dan Graduasi kali ke 7 telah sempurnakan dilaksanakan di Dewan Besar Al-Aqsa pada hari Sabtu 26 April 2008. Majlis yang diadakan ini adalah bertujuan untuk menghargai kejayaan warga Sepintar di bidang kurikulum atau akademik serta memberi pengiktirafan kepada bekas pelajar tingkatan lima tahun lepas.

Seramai 155 orang pelajar bekas pelajar tingkatan 5 tahun lepas telah menerima sijil tamat sekolah masing-masing, 15 orang pelajar menerima anugerah pelajar terbaik tingkatan satu, dua dan empat, 43 orang pelajar menerima anugerah mata pelajaran terbaik, 2 orang pelajar menerima anugerah khas bahasa Perancis dan seramai 24 orang pelajar menerima anugerah khas Kemahiran Al-Quran.

Selain itu, seramai 42 orang pelajar telah menerima anugerah pelajar cemerlang PMR 2007 iaitu mereka yang telah berjaya memperolehi keputusan 9A. Manakala seramai 9 orang pelajar pula telah menerima anugerah pelajar cemerlang SPM 2007 iaitu Nurfarah Ain bt Nordin (11 1A, 12A), Muhammad Hafiz bin Ahmad (91A, 1 2A), Muhammad Faisal bin Mohammed Khafidz (9 1A, 3 2A), Muhammad Aysraf bin Kosnan (9 1A, 3 2A), Nur Syafiqah bt Mohd Fauzi (9 1A, 3 2A), Nadiah Husna bt Saiful Bahri (9 1A, 3 2A), Faiz Azli bin Azlan (8 1A, 2 2A), Wan Aiman bin Wan Roshidi (8 1A, 2 2A) dan Muhammad Iqbal Fitri bin Mohd Dahlan (8 1A, 3 2A). Anugerah pelajar cemerlang dan terbaik keseluruhan SPM 2007 pula telah dimenangi oleh Razinatun bt Yasin (12 1A) dan Amir Ihsan bin Ariffin (10 1A)

Majlis yang bermula jam 8.30 pagi ini telah dirasmikan oleh Ustazah Norhayati bt Lebai Isa, Ketua Penolong Pengarah Jabatan Pendidikan Islam & Moral (JAPIM) Kementerian Pelajaran Malaysia mewakili Ustaz Abd Rashid bin Ngah, Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Jabatan Pendidikan Islam & Moral, Kementerian Pelajaran Malaysia. Dalam ucapan perasmiannya beliau menegaskan bahawa kecemerlangan akademik semata-mata tanpa diiringi dengan akhlak yang mulia tidak akan memberi sebarang makna, sambil memberikan contoh seorang pelajar pintar matematik yang dapat melanjutkan pelajaran ke Universiti terkemuka Oxford pada usia semuda 13 tahun tetapi akhirnya terjerumus dalam aktiviti tidak bermoral. Oleh itu, beliau mengingatkan para ibu bapa dan guru agar sentiasa menerapkan nilai-nilai Islam yang sebenar ke dalam jiwa setiap pelajar. Hanya dengan pemahaman yang mendalam tentang Islam sahajalah yang dapat menjamin kejayaan hakiki seseorang di dunia dan di akhirat. Beliau juga mengucapkan tahniah kepada pihak sekolah kerana telah berjaya menganjur majlis yang gilang gemilang ini semata-mata untuk meraikan dan menghargai usaha gigih para pelajar. Semoga ia menjadi pemangkin kepada kejayaan-kejayaan pada masa akan datang.

Majlis turut diserikan dengan persembahan nasyid oleh kumpulan nasyid sekolah ‘Fitrah Murni’ di bawah pimpinan Hj Mohd Faradin bin Ibrahim serta persembahan cak lempong oleh pelajar-pelajar dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Gombak. Majlis telah dapat disempurnakan tepat jam 12 tengahari.

   
Ucapan Pengetua: Hjh Sa’adah bt Othman
Beliau menjelaskan bahawa pencapaian keseluruhan bagi PMR dan SPM tahun lepas berada pada tahap yang memberangsangkan dan setanding dengan pencapaian sekolah-sekolah berasrama penuh yang lain terutamanya sekolah-sekolah premier seperti MCKK, STAR, TKC dan lain-lain. Beliau berharap para pelajar meneruskan usaha gigih untuk mencapai kejayaan yang lebih gemilang. Beliau juga mengingatkan pelajar agar sentiasa meningkatkan kualiti sahsiah diri selari dengan kecemerlangan pencapaian akademik yang telah dicapai.

Anugerah pelajar cemerlang dan terbaik keseluruhan SPM 2007
 
1.

Saudari Razinatun bt Yasin

Mendapat keputusan 12 1A

Petua kejayaan: Fokus seratus peratus dalam kelas,

belajar secara sistematik mengikut jadual, rajin bertanya guru, menghormati ibu bapa dan guru & rajin berdoa kepada Allah.

Cita-cita: melanjutkan pelajaran ke UK dalam bidang perubatan.

 

 

Bangga bersama kedua ibu bapa

* pihak PIBG juga telah menghadiahkan pakej Umrah pada cuti persekolah akhir Mei ini.

     
2.

Saudara Amir Ihsan bin Ariffin

Mendapat keputusan 10 1A

Petua Kejayaan: Belajar secara sistematik dan bijak

 

Bangga bersama ibu bapa dan keluarga.

 

Membahagikan masa antara akademik dan kokurikulum (beliau juga amat aktif dalam sukan ragbi), fokus dalam kelas, menghormati ibu bapa dan guru.

Cita-cita: Melanjutkan pelajaran ke Jepun dalam bidang kejuruteraan. Sekarang sedang mengikuti pengajian persediaan ke Jepun di Unisel di bawah tajaan Mara.

     
   

 

 

 

 

 

 

 

 

 

  Links
 
 
 
  Info Pendidikan
Langat Dot Net
 

 

     

This site is optimized for FLASH 5  and IE 5.0 or above

Last Updated Thursday, July 17, 2008 5:54 PM

Designed by : Bijak-IT Dot Com

Webmaster : Mohd Nazri Takuan