| BERSYUKURLAH Bersyukurlah apabila anda berasa begitu letih ketika bangun pada setiap pagi kerana itu bermakna anda diberi peluang oleh Allah untuk hidup di alam fana ini sekurang-kurangnya sehari lagi Bersyukurlah apabila anda berasa begitu tertekan dengan jadual rutin asrama bangun seawal pagi, mengikuti P&P di sekolah, prep, stay up demi menyelsaikan kerja rumah kerana itu bermakna anda masih bergelar pelajar SBP anda adalah 1.2% daripada keseluruhan pelajar di negara ini yang berada di barisan hadapan sedangkan jutaan pelajar tidak berpeluang belajar di sekolah berprestij seperti anda bahkan terdapat 530 juta kanak-kanak/remaja di Asia tidakpun mengenal erti zaman persekolahan Panjatkanlah kesyukuran pada Illahi ketika guru-guru, warden-warden, meleteri anda setiap hari atau ibu bapa anda memarahi anda pada hujung minggu setiap kali ketemu dirimu kerana...itu melambangkan betapa dirimu masih punya insan yang prihatin betapa dirimu masih punya insan yang mengambil berat sedangkan ribuan bayi, kanak-kanak dan remaja dibuang, dihalau dari rumah, bergelandangan di kaki lima tanpa siapa peduli, tanpa siapa ambil kisah nasib mereka Perbanyakkan bersyukur kepada Allah apabila anda terpaksa menyapu lantai dorm membersihkan tandas di asrama mengemas katil dan memastikan PKA cemerlang kerana itu bererti anda masih punya tempat berteduh sedangkan ribuan pelajar terkandas di negeri Johor, Pahang, Melaka akibat banjir...hilang sudah tempat berteduh sebaliknya sekadar berpuas hati tinggal di khemah atau pusat penempatan mangsa banjir Kita kekadang terlupa atau sengaja mensyukuri nikmat yang Allah beri sebaliknya sengaja menghitung kekurangan diri atau enggan berterima kasih kepadaNya hingga satu demi satu nikmat yang diraih ditarik oleh Yang Maha Berkuasa Bersyukurlah selagi nafas mampu dihela selagi jantung masih berdenyut selagi nikmat-nikmat Allah kita rasai dengan menjejaki satu demi satu anak-anak tangga kecemerlangan demi Allah dan ummah |