TAKZIAH diucapkan kepada keluarga Cik Salmah bt Abd Wahid sekembalinya beliau ke Rahmatullah pada pagi 9 Julai 2008. Cik Salmah merupakan Ketua Pembantu Tadbir (Ketua Kerani) SBPI Rawang sejak 4 tahun yang lalu.
Beliau terkenal dengan sifatnya yang lemah lembut tetapi serius ketika menjalankan tugas telah jatuh sakit sekembalinya beliau dari mengerjakan umrah pada cuti semesta bulan Jun yang lalu. Selama dua mingu beliau terlantar di hospital Selayang akibat penyakit misteri yang dialaminya. Pihak hospital Selayang sendiri telah gagal mengesan punca penyakit sehinggalah beliau dibenarkan pulang ke rumah sehari sebelum meninggal dunia.

Bagi pihak guru-guru, staf dan para pelajar Sepintar pemergian beliau adalah satu kehilangan besar kerana beliau adalah nadi utama pentadbiran kewangan sekolah. Pemergian beliau juga merupakan kehilangan ke ketiga anggota keluarga Sepintar, dimulai dengan kematian Arwah Munirah (pelajar) dua tahun lepas dan Arwah Ustz Fauziah (Pen. Kanan HEM) tahun lepas.
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Al-Marhumah, Amin Ya Rabbal Alamiin. 
|