FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA |
|
Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insane yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran negara, masyarakat dan negara. |
Kembali ke atas
|
FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM |
| |
Pendidikan Islam adalah satu usaha yang berterusan untuk menyampaikan ilmu, kemahiran dan penghayatan Islam berteraskan Al-Quran dan As-Sunnah bagi membentuk sikap, kemahiran, keperibadian dan pandangan hidup sebagai hamba Allah yang mempunyai tanggungjawab untuk membangunkan diri, masyarakat, alam sekitar dan negara ke arah mencapai kebaikan di dunia dan kesejahteraan abadi di akhirat. |
|
FALSAFAH SEKOLAH BERASRAMA PENUH |
| |
| Suasana persekolahan, pengajaran dan pembelajaran yang terancang, terkawal dan sempurna adalah perlu untuk memupuk dan memperkembangkan kebolehan pelajar-pelajar yang berpotensi kea rah kecemerlangan sebagai insan dan warganegara yang seimbang dan bertanggungjawab terhadap diri sendiri. |
|
MISI SEKOLAH BERASRAMA PENUH |
| |
Sekolah Berasrama Penuh sebagai wadah terbaik dalam sistem pendidikan negara yang berkemampuan membina insan yang mempunyai kecemerlangan ilmu, kemampuan sahsiah, kesejagatan kepimpinan dan kejituan patriotisme bagi melahirkan ahli sains, teknokrat dan professional yang dapat memenuhi aspirasi dan tuntutan agama, bangsa dan negara. |
|
|
MATLAMAT SEKOLAH BERASRAMA PENUH |
| |
- Mewujudkan peluang untuk pelajar-pelajar yang berpotensi terutamanya dari kawasan luar bandar bagi mendapatkan pendidikan dengan kemudahan teratur, sempurna dan terkini dalam iklim persekolahan yang kondusif.
- Memperbanyakkan pelajar bumiputera mendapat pendidikan berkualiti sebagai persediaan ke arah pendidikan tinggi untuk memenuhi keperluan negara.
- Melahirkan pelajar-pelajar yang mempunyai kepimpinan cemerlang melalui pendedahan hidup bermasyarakat sarwajagat.
- Melahirkan insan dan warganegara yang bertanggungjawab, berilmu, beriman dan beramal sesuai dengan nilai-nilai hidup masyarakat Malaysia.
- Melahirkan pelajar-pelajar yang mempunyai kemampanan sahsiah yang mampu menghadapi alam remaja.
- Melahirkan kesedaran kepada seluruh warga SBP supaya dapat menghayati matlamat kecemerlangan SBP.
- Mewujudkan warga SBP yang mengamalkan budaya penyayang.
- Melahirkan kejituan semangat patriotisme di kalangan pelajar SBP.
- Menghasilkan pelajar-pelajar yang dapat menguruskan kerja-kerja dengan cekap, pantas, tepat dan bijaksana.
- Menjayakan program pendidikan menengah yang berorientasikan sains bagi merealisasikan tuntutan wawasan 2020.
|
|
SLOGAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH
|
| |
| Peneraju Perubahan Dan Nadi Kecemerlangan Pendidikan Negara |
|
PIAGAM PELANGGAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH
|
| |
- Membimbing dan memastikan pelajar mencapai kecemerlangan dalam bidang kurikulum dan kokurikulum.
- Membimbing dan melahirkan insan yang berakhlak dan bertakwa.
- Mewujudkan prasarana sekolah yang ceria untuk proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.
|
|
|
| |
SUMBER PENJANA MUSLIM BESTARI
Visi ‘Sumber Penjana Muslim Bestari’ melambangkan semua pihak di Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Rawang, Selangor akan bersama-sama sentiasa bekerjasama, berusaha lebih gigih secara berterusan dan berdoa memohon restu Ilahi untuk mengekalkan kecemerlangan sekolah baik dari aspek kecemerlangan akademik, kecemerlangan kokurikulum, kecemerlangan sahsiah, kecemerlangan kepimpinan dan kecemerlangan kecintaan kepada bangsa dan negara. |
|
|
| |
| Dengan izin dari Yang Maha Esa,
Kami akan melaksanakan perkara-perkara berikut;
Mendidik, Melatih, Membimbing dan Memimpin Generasi Muslim Mukmin Yang Berilmu, Beriman, Beramal dan Berketerampilan, melalui proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan bagi melahirkan insan yang berkualiti, berkesedaran dan bertanggungjawab terhadap diri, sekolah, bangsa, agama dan negara. |
|
|
| |
| Mencapai kecemerlangan akademik dan akhlak
Mencapai kecemerlangan kokurikulum
Menghayati budaya Islam sebenar |
|
|
| |
Bagi merealisasikan visi, misi dan matlamat sekolah, maka adalah menjadi objektif Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Rawang, untuk:
- Membantu dan membimbing pelajar-pelajar sekolah ini agar berjaya dengan cemerlang dalam bidang akademik dan kokurikulum.
- Membantu dan melatih pelajar-pelajar agar mahir dalam bidang teknologi maklumat, memimpin masyarakat dan mengamalkan budaya positif supaya semua program pendidikan dapat dilaksanakan dengan cemerlang.
- Membimbing dan mendidik pelajar-pelajar dengan ilmu dan akhlak berteraskan agama agar diamalkan dalam kehidupan seharian, berterusan dan menjadi contoh cemerlang.
- Membina budaya sekolah penyayang dan pengurusan perkhidmatan cemerlang dengan semangat perpaduan dan keadilan.
|
|
|
| |
Dengan penuh azam dan tekad, kami warga Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Rawang akan melaksanakan tugas dan amanah yang diberikan untuk;
- Membimbing dan memastikan pelajar mencapai kecemerlangan dalam bidang kurikulum dan kokurikulum.
- Membimbing dan melahirkan insan yang berakhlak dan bertakwa.
- Mewujudkan prasarana sekolah yang ceria untuk proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan
|
|
|
| |
| S = SAMA-SAMA
B = BINA
P = PERSONALITI dan
I = INTELEKTUAL yang
R = RASIONAL |
|
|
| |
SEPINTAR |
|
|
| |
| SEPINTAR semarak namamu Didik pusaka bangsa Setia menjana wawasan Agama dan negara Intelektual yang rasional Iman teguh di hati Berpersonaliti mulia Itulah visi kami Majulah kau sumber Penjana muslim bestari Al-Quran As-Sunnah Panduan hidup abadi Putera puteri semangat waja Sentiasa bersedia Ganding bahu padu tenaga Menjunjung visi mulia |
| |