|
TEMASYA SUKAN TAHUNAN 2008 |
|
SEPINTAR, 24 FEB. 2008: Sekali lagi, SBPI Rawang telah berjaya menganjurkan temasya sukan tahunannya yang ke lima. Temasya kali ini telah dianjurkan dengan sederhana tetapi meriah. Para pelajar kelihatan begitu teruja untuk menjayakannya. Mereka berusaha bersungguh-sungguh menyiapkan perhiasan perbarisan dan rumah masing-masing serta telah mengadakan latihan seawal 2 minggu yang lalu. |
Temasya tersebut telah dimulakan pada pukul 8.45 pagi dengan acara perarakan masuk kontijen rumah-rumah sukan. Setiap rumah telah membawa tema masing-masing bersesuaian dengan warna rumah. Seterusnya bacaan ikrar sukan dan acara perasmian dilakukan sendiri oleh Puan Pengetua.
|
 |
 |
Acara pertandingan telah dimulakan pada pukul 9 pagi dan telah tamat sepenuhnya pada pukul 2 petang.
|
 |
 |
|
| |
|
| |
| |
| |
|
|