SELAMAT MENGUNJUNGI LAMAN WEB SEPINTAR      اهلا وسهلا ومرحبا بكم  

 
  Profil Sepintar
  Pentadbiran Sepintar
  Akademik Sepintar
  Hal Ehwal Murid Sepintar
  Kokurikulum Sepintar
  Anugerah Sepintar
  PIBG Sepintar
  Kembali ke Menu Utama
Takwim Galeri Sepintar Buku Tetamu SEPINTAR Takwim Kembali Ke Laman Utama Hubungi Kami
  Berita Terkini
 
Hari Temu Mesra
Pelanggan 2008

[Maklumat Lanjut]
 
 
 
 

Sambutan Hari Koperasi Sekolah
[Maklumat Lanjut]

 
 

 
 

Sambutan Hari Guru 2008
[Maklumat Lanjut]

 
 
 
 
Majlis Anugerah Cemerlang 2008
[Maklumat Lanjut]
 
 
 
 
Tilawah Al-Quran Peringkat Zon Gombak Barat
[Maklumat Lanjut]
 
 
 
 
Bank Koperasi SPBP Rawang Bhd
[Maklumat Lanjut]
 
 
 
 
Keputusan SPM 2007
[Maklumat Lanjut]
 
 
 
 
Sukan Tahunan 2008
[Maklumat Lanjut]
 
 
 
 
Larian Sepintar 2008
[Maklumat Lanjut]
 
 
 
 
Sistem Rumah
[Maklumat Lanjut]
 
 
 
 
Markah Sistem
[Maklumat Lanjut]
 
 
 
 

  Artikel Ilmiah Guru
 

Soalan Teras ERT
-En Shahrizan Abd Rahim-
(SBPI Rawang)

Soalan Teras KT
-En Shahrizan Abd Rahim-
(SBPI Rawang)

 
     
 

  Fikrah Kaunselor
   
 

  Akhbar Harian
 

  Anugerah & Pencapaian
   
 

  Blog Guru
 

  Iklan Berbayar
 

[Maklumat Lanjut]

 
 
LAPORAN MAJLIS TILAWAH PERINGKAT ZON PERINGKAT ZON GOMBAK BARAT
 

SMA RAWANG, 22 Mac: Kontinjen SBP Integrasi Rawang ke pertandingan Majlis Tilawah al-Quran peringkat zon Gombak Barat yang berlangsung di Sekolah Agama Menengah Rawang pada 22 Mac 2008 lalu, pulang dengan menduduki tangga kedua keseluruhan di belakang kontinjen tuan rumah.

Walaupun hampa gagal membolot gelaran johan keseluruhan seperti yang biasa ditonjolkan pada tahun-tahun lepas, namun kesungguhan para peserta terbukti apabila menunjukkan persembahan yang baik sepanjang pertandingan menerusi beberapa acara.

Dalam pertandingan nasyid, kumpulan nasyid Fitrah Murni yang sentiasa menjadi tumpuan tetap mampu berbangga walaupun sekadar menduduki tempat kedua di belakang pasukan tuan rumah, setelah mempamerkan persembahan bertenaga dan menggamit hati para pendengar.

Acara Syarahan Bahasa Melayu pula menyaksikan Sepintar gagal meneruskan kecemerlangan seperti tahun-tahun lalu apabila wakil kategori lelaki, Hanif Mahpa sekadar mendapat tempat ketiga. Peserta Sepintar turut mendapat tempat ketiga bagi acara Syarahan Bahasa Inggeris kategori perempuan menerusi Lina Aniah. Di samping itu, acara Syarahan Bahasa Arab pula menyaksikan kehebatan Ammar Hamzah dalam kategori lelaki setelah dinobatkan naib johan bagi acara tersebut.

Sementara itu, acara Tulisan Khat pula menyaksikan Aidil Muzammil dan Fauziah menduduki tempat ketiga dan kedua dalam kategori lelaki dan perempuan, masing-masing menengah rendah. Manakala bagi menengah atas pula, Aiman Rashid telah berjaya dinobat selaku naib johan kategori lelaki.

Bagi acara Tulisan Jawi pula, Sepintar mampu berbangga menerusi wakil lelaki bagi kategori menengah rendah dan atas, Saedan dan Irfan apabila kedua-duanya muncul naib johan kategori masing-masing. Acara kuiz pula menyaksikan Sepintar berada di tempat keempat keseluruhan.

Bagi acara Tilawah, kecemerlangan Sepintar ditonjolkan menerusi Fikri bagi acara lelaki dan Fauzah bagi acara perempuan, dengan masing-masing menduduki tempat kedua dan ketiga. Dalam acara Hafazan pula, Kamarul mengulangi pencapaian tahun lalu apabila menduduki tempat kedua kategori lelaki, manakala Asilah mendapat tempat ketiga dalam kategori perempuan.

Menurut pengurus kontinjen MTQ Sepintar Pn Khadijah bt Ahmad Mazlan, kegagalan Sepintar untuk menjadi Johan dalam semua acara ialah disebabkan kurangnya persiapan sebelum pertandingan. Para peserta Sepintar hanya mempunyai masa 3 hari sebelum hari pertandingan untuk berlatih, itupun terpaksa mencuri waktu P&P sebelah petang. Persiapan yang ‘longgar’ dan tidak bersungguh-sungguh inilah yang menjadi punca merudumnya prestasi peserta Sepintar. Beliau juga menegaskan bahawa pencapaian yang telah dicapai ini bolehlah dikatakan sepadan dengan usaha yang dilakukan dan beliau percaya jika pihak sekolah tidak memberikan ruang yang secukupnya kepada kontinjen MTQ untuk berlatih, tidaklah mustahil jika keputusan yang lebih teruk akan dialami ketika pertandingan peringkat daerah Gombak nanti.

 

   
Pn Khadijah.. kecewa dengan sokongan yang diberikan kepada kontijen Sepintar Para hakim… sedang teliti memilih wakil kontijen MTQ. Di mana silapnya pemilihan kali ini?
 
   

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

  Info Pendidikan
Langat Dot Net
 

 

     

This site is optimized for FLASH 5  and IE 5.0 or above

Last Updated Thursday, July 17, 2008 5:54 PM

Designed by : Bijak-IT Dot Com

Webmaster : Mohd Nazri Takuan